Monday, June 28, 2010

Bila Rumi Menari...


Tangan genggam erat satu pena berdiri,
Pena hitam menulis rumi,
Yang dulu gah disanjung tinggi,
Tapi kina hina di caci maki.

Orak langkah di atur rapi,
Tak nampak cacat atau sangsi,
Tersusun kemas berbahasa basi,
Tapi kosong dan tak bererti,

Lenggok masih seperti dulu,
Megah berdiri sambil memekik semangat,
Kini mula mual dengan perangai mereka,
Layu dengan perbuatan tapi hebat dengan kata-kata.

Berjanji....
Hei!!Janji kamu macam angin,
Mudah terbang dan sampai, mudah juga berubah.
Hei!!Janji kamu macam air sungai,
Mengalir deras, tapi berliku-liku.
Hei!!Janji kamu macam api,
Mula-mula memang tenang, lama-lama hangus terbakar.

Kamu tahu,
Aku guna pena kerna aku tiada kuasa,
Aku guna rumi, kerna aku tiada cop rasmi,
Aku guna idea, kerna aku tiada setiausaha,
Aku guna ICT, kerna aku tiada jet peribadi.
Sebab...aku guna apa yang Dia bagi...

Ya!! Kamu lihat orang kaya tersandar,
Konklusinya kita dah maju dan berjaya,
Tapi, kamu tak lihat si miskin terdampar,
Siapa tahu kita di akhir carta...

Monday, May 31, 2010

Wahai Khaliq ku..

Wahai pencipta hati..
Yang menjadi pelengkap sanubari ini,
Agar setiap perasaanku tak terkurung rasa ragu denganMu.
Agar setiap pilihanku berlandaskan syariatMu.
Agar setiap detik jantungku hanyalah untuk memuji kebesaranMu.

Wahai pencipta akal.
Yang mengurniakan manusia lebih baik dari lain-lain ciptaanNya.
Agar kami dapt berfikir dan merenung akan kewujudanMu.
Agar kami dapat menidakkan segala yang palsu dan yang mendustakanMu.

Wahai pencipta lidah.
Yang menjadikan manusia fasih untuk berbicara.
Agar kami dapat menyusun huruf-huruf menjadi satu cerita.
Agar kami dapat merengek dan merintih padaMu.
Agar kami dapat menyempurnakan segala tuntutanMu.

Wahai Tuhan yang Esa.
Engkaulah segala-galanya..aku tahu dan sesungguhnya Engakau Maha Mengetahui apa yang terdetik dalam sanubari ini..dalam pemikiran ini..dalam kegelisahan ini..dalam diam ini..
aku malu memohon ampun dari Mu, kerna aku akan terus melakukan dosa walaupun kemaafan sudah ku pinta..aku hina Ya Allah......maafkan aku..

Wednesday, February 3, 2010

ku rindu belaiannya..

waktu kecil ku dia menjadi teman..
setiap air mata ku di tahannya agar tidak jatuh berguguran..
setiap rengekan ku di pujuknya tanpa rasa lesu..
waktu tidur ku, di hiasi dengan dodoiannya..
agar aku rasa selesa dan selamat..
agar setiap mimpi ngeriku menjadi indah..

ku rindu suara itu..
yang mengajar ku bertatih..
yang memujuk ku sewaktu aku merajuk..
hampir setiap masanya, sentiasa bersama ku..

aku rindu akan belaiannya..
tangan lembut dan lemah membelaiku..
mengucup pipiku sebelum tidur..
mengusap kepala ku di waktu aku tidur..
hampir tiada masa untuk dirinya..

aku rindu akannya..
aku rindu dan sentiasa rindu...

Wednesday, January 27, 2010

di atas nama cinta..

Mudahnya ku utuskan cinta..
Mudahnya ku utuskan sayang..
Mudahnya ku membelai dengan perasaan kasih..
Bah kan, bertambah mudah lagi ku tinggalkannya terkapai sendirian..

Kau tahu apa itu cinta??
Adakah seperti barang perhiasan yang boleh di beli dan di gadaikan??
Adakah seperti haiwan peliharaan yang apabila sudah lanjut usia, kau ketepikan??
Adakah seperti bunga di taman, bila hilang serinya kau buang di jalanan??
Adakah seperti pakaian yang boleh silih berganti pemakainya??
Siapakah cinta??

Cinta itu seperti cahaya..
Menerangi lorong-lorong gelap untuk sampai kepada-Nya..
Menunjuk jalan terbaik untuk menghadap-Nya..
Jika itu, adalah cinta suci..

Tapi aku..aku bercinta kerana nafsu..
Aku bercinta kerana cantiknya..
Aku bercinta kerana hartanya..
Aku bercinta kerana keturunannya..
Tapi..bukan kerana agamanya..
Cinta sucikah itu??
Mari kenali cinta...

Friday, January 22, 2010

bicara si pendusta...

Mari sini semua..
Kita dengar bicara si pendusta..
Yang ada kalanya benar, tapi akhirnya kita sendiri yang terpedaya..
Mulut manis menutur kata, menyusun seribu bahasa..
Siapa yang mendengar pasti tidak terlena..
Bahkan mereka akan terpukau dengan pujuk rayu si pendusta..

Hei!!..kau di hujung sana..
Mengapa jauh dengan si pendusta..
Mari sini mendekatinya, bersama-sama dengan si pendusta..
Pasti kau akan mudah tertawa dan gembira..

Tapi, jangan kau lupa..
Sekali kau ketawa, seribu kali kau akan berduka..
Kerana dia si pendusta...

Hei!!..si pendusta..
Apa mahumu mencari aku..
Mahu bermain kata palsu??
Mahu melenakanku??
Mahu memukauku??
Pasti kau tidak akan bisa merobek..
Bahkan menyentuh pendirian jituku..

Tapi.......
Kerna aku bangga..
Aku juga terleka...
Tanpa ku rasa..dalam diam si pendusta itu di minda..
Mengawal minda secara halus..
Tidak ganas, dan tidak pula rakus...
Ku tidak sedar...
Dan kini aku rapuh dan lumpuh....

Thursday, January 7, 2010

kerana engkau sahabatku..

Dalam kelenaan hidup, dibuai arus putih..
Aku terlupa, sering kali yang hitam itu menjengah diriku..
Saat aku terlalu leka, dan ia menghampiriku..
Menerkam di setiap urat sendi, menarik naluri kegembiraanku..

Aku bersedih...
Biasanya, aku mengadu kepada dia..
Tapi, ianya lebih baik jika kepada DIA..

Tapi, ku cuba cara berbeza..
Aku mengadu kepada media...
Siapa tahu, komentar mereka akan memutikkan kembali bunga di taman...
Siapa tahu, idealogi mereka bisa meranumkan buah yang sedanq masak..
Dan tidak siapa tahu, kata sinis mereka mampu menumbangkan sebatang pohon..

Dan aku mengerti..
Ku kembali kepada dia..
Sahabat yang berduka denganku..
Sahabat yg tertawa denganku..
Ku selongkar di setiap deretan darahku untuk mencarimu..
Ku buang segala barang-barang lama untuk mencarimu..
Tanpa ku sedari, aku dengan pantas telah membuangmu..
Maafkanku sahabat..

Kau air mataku, kau bibir pengukir senyumku..
Menangis dan tertawa bersama....

Saturday, January 2, 2010

pilihanku sendiri..=)

hari ini ku pilih putih..
pengganti warna hitam yang kelam..
aku gembira..aku bahagia..

tapi dia...
dia berduka..sambil menangis...
dalam sedu dia berkata..
aku perlukan dirimu..
tidak tahu, dengan siapa harus ku bicara..
bantulah aku..

wahai saudari..
aku manusia lemah..aku tidak mampu berbuat apa..
cukup sekadar mendengar masalah mu..
maafkanku...
kau tak boleh bermanja dengan ku..
kau tak boleh memiliki ku..
aku bukan milikmu..

cuba kau bicara pada Sang Ratu..
siapa tahu dia mampu mendengar..
tapi, jangan kau bicara pada Sang Batu..
pastinya dia terdiam kaku dan membisu..

atau..cuba kau bicara pada Yang Maha Satu..
pastinya ia adalah yang terbaik buatmu..
walau kau tidak bisa melihat-Nya..
tapi,rohanimu tetap bersama dengan-Nya..

Followers

⎝⋋⏝⋌⎠