Wednesday, January 27, 2010

di atas nama cinta..

Mudahnya ku utuskan cinta..
Mudahnya ku utuskan sayang..
Mudahnya ku membelai dengan perasaan kasih..
Bah kan, bertambah mudah lagi ku tinggalkannya terkapai sendirian..

Kau tahu apa itu cinta??
Adakah seperti barang perhiasan yang boleh di beli dan di gadaikan??
Adakah seperti haiwan peliharaan yang apabila sudah lanjut usia, kau ketepikan??
Adakah seperti bunga di taman, bila hilang serinya kau buang di jalanan??
Adakah seperti pakaian yang boleh silih berganti pemakainya??
Siapakah cinta??

Cinta itu seperti cahaya..
Menerangi lorong-lorong gelap untuk sampai kepada-Nya..
Menunjuk jalan terbaik untuk menghadap-Nya..
Jika itu, adalah cinta suci..

Tapi aku..aku bercinta kerana nafsu..
Aku bercinta kerana cantiknya..
Aku bercinta kerana hartanya..
Aku bercinta kerana keturunannya..
Tapi..bukan kerana agamanya..
Cinta sucikah itu??
Mari kenali cinta...

3 comments:

| h.u.d.a | said...

sebab apakah kau bercinta?
tepuk dada tanya hati..

p/s:pabila uzair memulakan kejiwangannya.HAHA

selendangjingga said...

cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh embun itu kedurjanaan,kedustaan,penipu,langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia,budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji ~hamka~

sasterawanKimia said...

huda : terima kasih =)..

selendang jingga : terima kasih saudari "hamka"..

Post a Comment

sorak sorai

Followers

⎝⋋⏝⋌⎠